9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Potensi penurunan atau sifar tarif timbal balas bagi Malaysia dijangka menjadi antara hasil positif utama rundingan di antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer semalam.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan bermulanya aktiviti pengambilan untung selepas komoditi itu melambung ke paras tertinggi semalam, di tengah-tengah harapan ketegangan tarif AS-China akan menurun.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada prestasi lemah semalam untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya, hari ini, didorong oleh pemburuan saham berharga rendah, terutamanya dalam teknologi, tenaga, pembinaan dan saham pengguna.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini.
9bulan ago
ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
ANKARA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan lawatan kerja rasminya ke Turkiye dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz di kompleks presiden di sini pada Selasa.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar AS pada sesi penutup hari ini mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memulakan lawatan kerja selama empat hari ke Turkiye dan London bermula Selasa ini dalam usaha meninjau peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga.