2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025 merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mencipta sejarah apabila menjadi menteri pertama dari Asia yang berucap pada sesi mengenai kerjasama kerajaan di Kongres Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA) ke-65 di Porto, Portugal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) bagi setahun penuh 2025 pada RM4,350 satu tan manakala RM4,300 pada tahun depan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah susulan tekanan ke atas industri automotif global berkurangan kerana penyambungan semula eksport cip Nexperia oleh China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- NewCo yang baru ditubuhkan, iaitu usaha sama (JV) antara syarikat tenaga Itali Eni S.p.A dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dijangka melancarkan lapan projek huluan baharu di Indonesia dan Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian pemacu pembangunan gas berskala besar di rantau ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mencapai kemajuan yang munasabah dalam melaksanakan pembaharuan strategik dan struktur untuk mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.