9bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) komited membantu pembangunan usahawan daripada golongan yang memerlukan melalui inisiatif pemberian pendanaan modal perniagaan.
9bulan ago
MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Industri penerbangan Filipina sedang berada di ambang transformasi penting dan bersiap sedia untuk menjadi hab penerbangan di Asia menjelang 2028, dipacu oleh inisiatif penswastaan lapangan terbang dan penyiapan lapangan terbang baharunya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menawarkan pembiayaan tambahan RM1.5 bilion melalui skim jaminan portfolio kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kemelesetan ekonomi yang lebih perlahan dan pemotongan kadar faedah boleh mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk melabur dalam sekuriti pilihan, terutamanya dalam utiliti elektrik serta bank serantau, menurut Manulife Investment Management (M) Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memperkenalkan rangka kerja sandbox pengawalseliaan yang dapat menyediakan persekitaran terkawal untuk menguji produk dan perkhidmatan inovatif sambil memastikan perlindungan pelabur.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Profesional kewangan dan perakaunan perlu menangani ketidaksamaan upah termasuk mengambil peranan utama dalam mempromosikan amalan perniagaan yang mampan, menurut laporan yang diterbitkan oleh ACCA Global, Shift dan Forvis Mazars.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) mengumumkan cadangan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dan memastikan kemampanan jangka panjang.
9bulan ago
KUCHING, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak tidak akan campur tangan dalam operasi perniagaan Affin Bank walaupun muncul sebagai pemegang saham terbesarnya, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd, telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.