Terdapat 1012 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

Perdagangan Malaysia Pada Mac Meningkat 2.2 Peratus Kepada RM249.89 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI).

RHB IB Kekal Saranan 'Neutral' Terhadap Sektor Automotif, Komponen

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif dan komponennya.    

Lawatan Xi Pertingkat Peranan Malaysia Sebagai Kuasa Pertengahan Strategik - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Lawatan Presiden China Xi Jinping meningkatkan peranan Malaysia sebagai kuasa pertengahan, disepadukan dalam rantaian bekalan Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan peluang untuk menyesuaikan tindakan ketika ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing terus meningkat.

The Exchange Asia, ESGAM Meterai MoU, Lancar Anugerah ESG PLUS 2025

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- The Exchange Asia menerusi Magnate Media Sdn Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ESG Association Malaysia (ESGAM) untuk memperkukuh kredibiliti Anugerah ESG PLUS 2025.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.

Tarif AS Tingkatkan Ketegangan Rakyat, Perniagaan Dan Syarikat Asing Di China

BEIJING, 13 April (Bernama) -- Pastinya rakyat China diselubungi kebimbangan berikutan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan kepada republik itu sejak minggu lepas sehingga menggoyahkan pasaran dan mencetuskan kerisauan mengenai kemelesetan global.

Pulau Pinang Giat Pelbagai Dan Kembangkan Pasaran Eksport Negeri

BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus giat mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport negeri bagi memastikan kemampanan rantaian ekonomi dalam negeri serta negara.

F&N AgriValley Tonggak Visi NS Jadi Hab Tenusu Negara – MB

SEREMBAN, 11 April (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata F&N AgriValley membentuk komponen utama visi negeri ini untuk menjadi hab tenusu negara, sejajar dengan matlamat strategik yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Festival Flora Borneo Bakal Rangsang Ekonomi Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 11 April (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan di Labuan pada 26 hingga 30 Julai, dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan dengan ketara.

AFMGM Ke-12 Menutup Tirai, Negara Anggota Komited Perkukuh Daya Tahan Ekonomi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir hari ini menyaksikan perkumpulan itu menyokong Penyampaian Ekonomi Utama (PED) Malaysia di tengah-tengah isu tarif AS yang menjejaskan negara anggota.

Penangguhan Tarif AS Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, CI Meningkat 4.47 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).