1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu (telco) ternama di Malaysia, baru-baru ini mempamerkan penyelesaian Mobile Identity Maxis dalam menyampaikan pengalaman pengesahan yang lancar, selamat dan dipermudahkan bagi pengguna mudah alih.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Angka kerugian mencecah RM54 bilion setahun yang ditanggung rakyat Malaysia akibat kes penipuan dalam talian bukan setakat mengejutkan, malah membimbangkan lebih-lebih lagi jumlah itu mewakili kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
1tahun ago
SUBANG JAYA, 6 Jan (Bernama) -- Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners) melancarkan Young Practitioners Malaysia, satu inisiatif yang bermatlamat merapatkan jurang antara pengajian akademik dan pengalaman industri dalam bidang perhubungan awam serta komunikasi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mengekalkan mata wang AS itu pada paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion (US$1=RM4.45), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$255.72 juta pada akhir November 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).