8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik Israel-Iran yang meningkat, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang rendah dalam situasi konflik meningkat di Timur Tengah antara Israel dan Iran, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka berada antara 1,500 dan 1,530 minggu depan berikutan pasaran kekal berada di bawah tekanan dalam kebimbangan mengenai surat tarif unilateral yang dicadangkan oleh Washington dan ketegangan yang meningkat selepas serangan Israel ke atas Iran.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.18 peratus, disokong oleh pembelian dalam saham berwajaran tinggi utiliti dan telekomunikasi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, berikutan penurunan di keseluruhan pasaran diimbangi peningkatan di beberapa kaunter wajaran tinggi, sekali gus mendorong indeks penanda aras itu meningkat sedikit.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan penilaian semasa yang kekal menarik, mendorong institusi tempatan terus membuat pembelian saham, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu apabila para pelabur lebih optimis berikutan pengumuman perjanjian rangka kerja perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, yang merangkumi peruntukan bagi perdagangan teknologi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dalam wilayah positif, di tengah-tengah keyakinan namun berhati-hati dalam pasaran sementara menunggu hasil rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.