Terdapat 883 berita berdasarkan kata kunci carian " dili"

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengukuh hari ini susulan daripada minat tinggi terhadap komoditi emas global yang dipacu oleh permintaan berterusan daripada bank pusat, kata seorang penganalisis.

Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.

Industri Sawit Perlu Fokus Produk Bernilai Tinggi, Kurang Bergantung Eksport Mentah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada produk bernilai tinggi seperti oleokimia dan biodiesel, dan bukan sekadar bergantung kepada eksport minyak mentah tanpa strategi nilai tambah yang kukuh.

Malaysia Buka Jaringan Dengan Negara Lain Beri Ruang Pelaburan Baharu, Tingkatkan Eksport - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Langkah agresif Malaysia membuka jaringan dengan negara lain melalui dasar bebas dan berkecuali diamalkan negara dapat memberi ruang kepada pelaburan baharu dan meningkatkan eksport negara.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico selain data ekonomi AS yang lemah, kata penganalisis.

OPEC+ Tambah 5.8 Juta Tong Minyak Mentah Sehari Tampung Bekalan Dari Kanada, Mexico

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka mampu menambah bekalan minyak mentah purata 5.8 juta tong sehari (bpd) sekiranya berlaku penurunan ketara bekalan minyak dari Kanada dan Mexico, menurut Rystad Energy.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah kenaikan tarif terbaharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Kanada, Mexico dan Cina, demikian menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global yang meningkat dan tindakan balas susulan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bimbang Tarif AS Beri Kesan, Ringgit Diunjur RM4.41–RM4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.

Weststar-GAP Aviation Peroleh Kontrak Helikopter RM176 Juta Di Timor-Leste

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.