8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada sesi awal dagangan pada Rabu walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) mengekalkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan kenaikan 0.23 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 99.237 mata.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa tengah hari pada Selasa, susulan prestasi tidak menentu ketika dagangan pagi disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan walaupun trend pasaran serantau kebanyakannya positif.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) bagi Bursa Malaysia Derivatives berakhir lebih rendah hari ini, diasak oleh jangkaan peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang dan harga minyak kacang soya yang lebih lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini dipacu isyarat positif daripada perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-Asia.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.