Terdapat 780 berita berdasarkan kata kunci carian "ree"

Pavilion REIT Cadang Beli Banyan Tree, Pavilion Hotel KL Untuk RM480 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mengemukakan cadangan untuk membeli dua aset hospitaliti di Kuala Lumpur iaitu Banyan Tree Kuala Lumpur (BTKL) dan Pavilion Hotel KL (PHKL) pada harga RM480 ​​juta.

Nilai Pasaran Produk Pembungkusan Terbiodegradasi Daripada Sisa Jerami Padi Diunjur Capai RM60 Juta Mulai 2025

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Produk pembungkusan terbiodegradasi daripada sisa jerami padi yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan syarikat BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd diunjur mencecah nilai pasaran RM60 juta mulai 2025.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham produk perindustrian, perkhidmatan serta produk pengguna selain prestasi bercampur-campur daripada bursa serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Dalam Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat sedikit perubahan hari ini dalam dagangan yang tidak menentu, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di Wall Street menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada lewat minggu ini.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

FBM KLCI Atasi Sebahagian Besar Penyusutan Awal Pada Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengatasi sebahagian besar penyusutan awalnya pada tengah hari, dipacu terutamanya oleh saham-saham Public Bank dan Axiata.

Malaysia Perlu Lebih Daripada Dasar Untuk Transformasi Hijau Sektor Pelabuhan - PKA

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Usaha mengubah sektor pelabuhan Malaysia menjadi lebih hijau memerlukan lebih daripada dasar semata-mata bagi transformasi pelabuhan serta amalan lebih mampan, kata Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Kapten Subramaniam Karuppiah.

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Sasar Dapatkan Teknologi Maju, Pelaburan Bagi Proses Ree - Rafizi

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.