1tahun ago
JAKARTA, 30 Sept (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya, dengan firma dalam Dewan Usahawan Indonesia (KEIND) untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan diharapkan dapat mengumumkan inisiatif penambahbaikan lanjutan terhadap dasar perdagangan antarabangsa Malaysia terutama melibatkan rantau ASEAN untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembentangan Belanjawan 2025.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengeluar keluli Mycron Steel Bhd menyeru agar kerjasama awam dan swasta turut diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2025 dalam usaha membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.
1tahun ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
1tahun ago
DA NANG (Vietnam), 24 Sept (Bernama-VNA) -- Penerbangan MH748 Malaysia Airlines, yang membawa 160 penumpang dari Kuala Lumpur, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada Selasa, menandakan penerbangan sulungnya di laluan Kuala Lumpur - Da Nang.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Prestasi eksport yang kukuh dijangka menyuntik kenaikan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives minggu depan, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.
1tahun ago
Daripada Soraya Jamal
BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia pada Khamis mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan pengeluar pesawat Eropah, Airbus bagi meningkatkan penyelidikan bagi inisiatif penerbangan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon di rantau ASEAN.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi memberangsangkan, meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun kepada RM252.65 bilion, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).