1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) mengumumkan cadangan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dan memastikan kemampanan jangka panjang.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan gas asli cecar (LNG) Malaysia dijangka mengukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana apabila bekalan gas daripada projek baharu yang dibangunkan tersedia, kata BMI, unit Fitch Solutions.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada tiga peratus bagi 2024 susulan inflasi indeks harga pengeluar (PPI) Malaysia yang mereda kepada 0.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos lepas berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya.
1tahun ago
SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bakal menjadi unit perniagaan pertama Capital A Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan pembayaran dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan lebih rendah daripada RM32 bilion pada 2025, disumbangkan oleh prestasi yang lebih lemah pada 2024 di tengah-tengah penurunan harga minyak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur sedang menunggu pengumuman mengenai kerangka kawal selia untuk menubuhkan “family office” di Malaysia, yang akan dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, menurut OCBC.