BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | Penularan penyakit Tibi libatkan murid sekolah di Kota Tinggi terkawal, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini - Exco Pendidikan Johor | Enam murid sekolah di Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (Tibi) hasil saringan kontak rapat. - Exco Pendidikan Johor | Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | 

Terdapat 5104 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Malaysia Tingkatkan Hubungan Dua Hala Dengan Kenya, Hapus Tarif Produk Pertanian

Oleh M.Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Kenya bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, menandakan peristiwa penting bersejarah dalam hubungan diplomatik yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak 60 tahun.

Malaysia Komited Muktamad DEFA Tahun Hadapan - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneruskan usaha menggunakan pendekatan menyeluruh ke arah memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun hadapan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Malaysia Sasar Kuasai Pasaran Makanan Halal Korea Selatan

Oleh Linda Khoo

SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Produk halal Malaysia mampu meneroka pasaran sektor makanan mudah dan premium Korea Selatan yang pesat berkembang, berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap barangan halal, organik dan daripada sumber yang lestari. 

Projek ECRL Catat Kemajuan Keseluruhan 89 Peratus Setakat Oktober 2025 - CEO MRL

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

S&P Tingkat Unjuran KDNK Untuk Asia-Pasifik Kepada 4.3 Peratus, Malaysia Kepada 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- S&P Global Ratings telah meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 untuk Asia Pasifik kepada 4.2 peratus daripada 4.0 peratus, ekonomi Malaysia pula kini dijangka berkembang pada kadar yang lebih pantas iaitu 4.5 peratus.

Selangor Lulus 948 Projek Pelaburan Bernilai RM34.65 Bilion Bagi Tempoh Januari-Jun 2025

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 948 projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan bernilai RM34.65 bilion telah diluluskan kerajaan Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.

Aliran Keluar Dana Asing Di Pasaran Asia Cecah US$6.73 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Petunjuk Fed Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun sentimen kekal berhati-hati berikutan kenyataan bertentangan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pelabur tidak pasti mengenai hala tuju jangka pendek mata wang itu.