3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.
3bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- LPI Capital Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM114.83 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 daripada RM123.94 juta pada suku ketiga 2024.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Perjanjian yang dimeterai di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas berpotensi meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak 0.5 hingga 0.7 mata peratus setiap tahun sehingga 2030, menurut penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.
3bulan ago
KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen optimis membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung dan terbukti memacu keyakinan terhadap kerjasama ekonomi serantau selain seiring prestasi pasaran serantau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat mengesahkan semula hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara dan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi utama Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara serta membuka peluang baharu untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan inovasi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).
3bulan ago
GOPENG, 27 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi membuka laluan kepada kemasukan pelaburan baharu ke Perak, khususnya dalam sektor Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi berpangkalan di Sarawak, Insights Analytics Bhd meraih RM43.56 juta daripada terbitan awamnya sebanyak 121 juta saham baharu pada harga terbitan 36 sen sesaham ketika mula disenarai di Pasaran ACE.