1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Firma pembrokeran Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,780 menjelang akhir tahun ini yang juga peningkatan berbanding unjuran Julai di paras 1,730.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau, kata peniaga.