BERITA TERKINI   Cadangan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing, masing-masing dua peratus untuk pekerja, majikan - Steven Sim | SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | 

Terdapat 669 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Dalam Kedudukan Kukuh Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Pilihan Raya Presiden AS - HLIB

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Bhd yakin bahawa pendirian geopolitik neutral Malaysia meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menguruskan perubahan dasar luar yang mungkin berlaku di Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya presiden 5 November depan.

Sedekad Di Malaysia, Al'ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin,  Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.

MAHA 2024 : NEKMAT Sasar Eksport Produk Jenama ENNA Menerusi Kerjasama Antarabangsa

SERDANG, 16 Sept (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyasarkan untuk mengeksport produk jenama ENNA keluarannya ke luar negara menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat di Brunei, Indonesia dan Kesatuan Eropah (EU).

Pemetaan Pekebun Kecil Sawit Di Seluruh Negara Capai 70 Peratus - MPOB

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya memetakan sekitar 70 peratus pekebun kecil bebas sebagai sebahagian daripada projeknya untuk mencartakan kawasan ladang kelapa sawit di seluruh negara.

PKS Jerman Mahu Teroka Peluang Kerjasama Baharu Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.

Perdagangan Bilateral China-Malaysia Melonjak Kepada US$117.52 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada US$117.52 bilion (US$1 = RM4.30) dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.

Risiko Berkaitan Iklim, Dakwaan Mesra Alam Sekitar Ancam Kelayakan Kredit Bank

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Peningkatan risiko berkaitan iklim menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap institusi kewangan, terutamanya bank-bank kerana mereka terdedah kepada kelemahan merentasi pelbagai wilayah dan sektor.