Terdapat 3203 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa"

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung kebanyakannya dalam saham produk pengguna, perladangan dan utiliti.

PDT, UEM Lestra Jalin Kerjasama Pacu Projek Solar Hibrid 1GW Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik susulan Sidang Kemuncak ASEAN yang baru berakhir dan sejajar dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas dijejaskan oleh kebimbangan mengenai permintaan yang agak lembap selain peningkatan pengeluaran komoditi itu dalam beberapa minggu akan datang.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Di Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Keuntungan Bersih Nestle Malaysia Bagi Suku Ketiga Meningkat Kepada RM114.0 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) meningkat kepada RM114.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 2025) daripada RM85.4 juta setahun sebelumnya. 

SP Setia Kemuka Makumat Nota Islam RM3.5 Bilion, Program ICP RM500 Juta Kepada SC

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- SP Setia Bhd (SP Setia) telah mengemukakan maklumat program terbitan nota Islam sehingga RM3.5 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah rangka kerja penyerahan dan pelancaran. 

LPI Capital Catat Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM114.83 Juta Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- LPI Capital Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM114.83 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 daripada RM123.94 juta pada suku ketiga 2024.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Selasa bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat petunjuk positif daripada pasaran global.