2bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Shanghai (MIHAS@Shanghai) mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion, sekali gus mengatasi sasaran sebanyak RM3 bilion dan menandakan pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global industri halal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengenai kesahan tarif Presiden AS Donald Trump akan menentukan langkah Malaysia yang seterusnya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia, Singapura dan Indonesia telah memulakan perbincangan kerjasama tiga hala berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Banci Ekonomi 2026 (BE2026) akan menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi penggunaan teknologi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan berterusan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terus menekan mata wang negara maju itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah menaik taraf 2,976 tapak ke liputan 5G yang memberikan 58.2 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober tahun ini, kata Kementerian Komunikasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) yakin ringgit mempunyai kekuatan asas yang mencukupi untuk meneruskan aliran meningkatnya selepas mata wang tempatan itu dibuka pada 4.12 berbanding dolar AS pada Rabu, paras paling kukuhnya sejak 30 September 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) telah melabur lebih RM4 bilion dalam pembangunan Desaru Coast dan Legoland Malaysia Resort, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.