8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka terus lemah dalam tempoh terdekat, didorong oleh sentimen pasaran yang optimis terhadap kemungkinan tercapainya rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dan mungkin dengan negara-negara lain dalam tempoh penangguhan 90 hari ini.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) – The Oryx Stainless Group (Oryx), salah satu pembekal bahan keluli tahan karat kitar semula terkemuka dari Belanda telah membuka kemudahan terbarunya di Johor.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan berita mengenai kemungkinan rundingan perdagangan di antara AS dengan China pada hujung minggu ini mendorong minat terhadap dolar AS.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen positif susulan perkembangan mengenai tarif perdagangan antara ekonomi utama dunia, termasuk China dan United Kingdom (UK), kata ahli ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keyakinan terhadap dolar AS kembali pulih, kata seorang ahli ekonomi.
8bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat sebagai pendekatan berhati-hati, kata seorang ahli ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian baharu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya, kata pakar ekonomi.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.
8bulan ago
CYBERJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Equinix Inc merancang untuk memperluas kemudahan pusat datanya di Malaysia selepas projek KL1 International Business Exchange (IBX) siap sepenuhnya bagi memenuhi permintaan infrastruktur digital yang semakin meningkat di seluruh negara.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh kelemahan indeks dolar itu (DXY) dan penurunan hasil Perbendaharaan negara maju berkenaan -- petanda bahawa sentimen mengelak risiko terus ketara.