1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama teh Tealive, menandatangani perjanjian francais induk dengan konglomerat terkemuka dari Dubai, Eureka Restaurant and Café untuk membawa jenama itu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) melantik Ernst & Young (EY) sebagai juruaudit luar baharunya, berkuat kuasa 9 Okt 2024.
1tahun ago
SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, Aspirasi Cekap Sdn Bhd (ACSB) memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk membina rumah mampu milik.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara utama di ASEAN dari segi peralihan tenaga dan grid pintar, dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Trilliant Networks Inc.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- BYD Auto Industry Co Ltd (BYD) melantik Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd sebagai pengimport rasmi manakala BYD Malaysia Sdn Bhd (BYD Malaysia) sebagai pengedar rasmi untuk Denza, sebuah subjenama premium BYD di Malaysia.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak, menyebabkan peniaga dan pasaran mengambil pendirian berhati-hati mengenai kemungkinan penurunan kadar AS pada masa hadapan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.
1tahun ago
PETALING JAYA, 6 Okt (Bernama) -- Walaupun Malaysia berada di kedudukan antara tiga hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) terbaik dunia, didorong terutamanya oleh kelebihan dari segi kos, negara juga perlu memberi lebih penekanan kepada impak digital dan pembangunan bakat untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
1tahun ago
CYBERJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.