1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.
1tahun ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 16 Okt (Bernama) -- Tumpuan Malaysia terhadap strategi pengkomersialan global mampu menyuntik impak ekonomi meluas bagi syarikat pemula niaga dan firma teknologi tempatan yang berhasrat meluaskan perniagaan, terutamanya ketika negara berusaha menjadi gerbang digital untuk ASEAN.
1tahun ago
Oleh Rohaiza Ab. Rahman
KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- SME Corporation Malaysia (SME Corp) akan memberi fokus kepada lima strategi untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini bagi tempoh jangka panjang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada Taksonomi ASEAN melalui Lembaga Taksonomi ASEAN yang dianggotai kalangan bank pusat, pihak kawal selia sekuriti dan kawal selia insurans.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.
1tahun ago
KUCHING, 15 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd (MEASAT), dalam usaha meningkatkan pembangunan industri angkasa lepas Sarawak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan yang disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.
1tahun ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.