6bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport dan import kembali meningkat kepada paras tertinggi baharu pada 2024, dengan perdagangan berjumlah RM2.88 trillion, naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam serta upah minimum dilihat akan memberi impak positif kepada sektor runcit dan pelancongan, yang banyak bergantung kepada perbelanjaan pengguna.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong dengan baik walaupun dasar Donald Trump yang tidak menentu, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia terbukti terus meningkat bagi tahun keempat berturut-turut walaupun dalam senario persaingan sengit yang ketara, demikian menurut Tinjauan Tahun Kewangan 2024 oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.