1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ekosistem yang kukuh berteraskan industri di China menjadi satu daripada faktor utama menarik perniagaan Malaysia memasuki pasaran negara itu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau keadaan pasaran kewangan domestik berikutan perkembangan utama global, termasuk susulan pilihan raya presiden Amerika Syarikat serta kebimbangan berkaitan prospek pertumbuhan ekonomi China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport yang ditetapkan sebelum ini.
1tahun ago
PORT DICKSON, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan merancang untuk membangunkan koridor pelancongan dan perkhidmatan sebagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya di Port Dickson.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjadi pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam tempoh lebih lima dekad penubuhannya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk peralihan ke arah 'perdagangan saksama dan berperikemanusiaan' serta memperdalam hubungan perdagangan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini di Lima, Peru, adalah strategi kritikal bagi mengharungi cabaran yang dihadapi globalisasi perdagangan dan multilateralisme.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu mengiktiraf potensi sekutu bukan tradisional seperti Kesatuan Afrika, Amerika Latin dan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.