Terdapat 944 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

Harga Minyak Mentah Tidak Menentu Berikutan Dasar Trump - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- BMI, syarikat Fitch Solutions menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutama berkenaan langkah tarif.

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengukuh hari ini susulan daripada minat tinggi terhadap komoditi emas global yang dipacu oleh permintaan berterusan daripada bank pusat, kata seorang penganalisis.

Sektor Pembuatan Kekal Positif Dipacu Permintaan Domestik, Pemulihan Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan positif, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta peningkatan beransur-ansur dalam keadaan rantaian bekalan, menurut  Public Investment Bank Bhd (PIVB).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico selain data ekonomi AS yang lemah, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --  Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh harga penanda aras minyak mentah yang stabil dan kelemahan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin yang turut mencerminkan prestasi lemah pasaran global susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street serta sentimen negatif yang berlanjutan berkaitan pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) berikutan rancangan tarif Presiden Donald Trump.

Institusi Tempatan Terus Sokong Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-15 - MIDF

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global yang meningkat dan tindakan balas susulan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Minat Belian Baharu

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.

Permintaan Penumpang Udara Melonjak 10.4 Peratus, Catat Rekod Tertinggi Pada 2024 – IATA

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara mencapai rekod tertinggi pada 2024 dengan lonjakan jumlah trafik sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Citadel Group Kembangkan Sayap Ke Indonesia, Komited Dalam Pembangunan Nusantara

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Citadel Group mengumumkan pengembangannya ke Indonesia dengan penubuhan PT Citadel Group Indonesia di Jakarta.

Malaysia Sasar Dagangan Dengan Rakan FTA, Pasaran Membangun Meningkat Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.