BERITA TERKINI   Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | Kedudukan Malaysia meningkat dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 bukti fokus kecekapan dan kesungguhan negara membuahkan hasil - PM Anwar | 

Terdapat 7552 berita berdasarkan kata kunci carian "mata"

Ringgit Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Menjelang Belanjawan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama yang lain hari ini, dipacu oleh sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan Jumaat ini, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah yang dialami pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global dalam tempoh semalaman dengan penjualan besar-besaran saham teknologi, kata penganalisis.

SME Corp Fokus Lima Strategi Perkasa PMKs

Oleh Rohaiza Ab. Rahman

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- SME Corporation Malaysia (SME Corp) akan memberi fokus kepada lima strategi untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini bagi tempoh jangka panjang.

Invest Selangor Sasar 10 Syarikat Sertai Program Perkongsian Makmalnya Menjelang Akhir 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.

Pembangunan Kluster Dalam Pembuatan Di Wilayah Tengah Perlu Dijadikan Inisiatif Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di Wilayah Tengah perlu dijadikan inisiatif strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MATRADE Yangon Lancar Bazar Malaysia Bagi Mencari Pasaran Baharu Indo-China

PHNOM PENH, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 30 syarikat Malaysia yang menyertai pameran perdagangan pelbagai sektor anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Yangon di Myanmar, berjaya mencatatkan potensi jualan sebanyak RM39.1 juta.

Belanjawan 2025: - Sokongan Ke Atas Sektor OGSE Akan Melonjakkan Pertumbuhan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.

Pemegang Saham AirAsia X Lulus Pengambilalihan Kepentingan Perniagaan Penerbangan Capital A

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pemegang saham AirAsia X Bhd (AAX) melulus dan menyokong sepenuhnya cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.

Allianz Life Lanjutkan Perlindungan Untuk Rider Penyakit Kritikal

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd melancarkan kempen Perlindungan untuk Pelbagai Tuntutan Penyakit Kritikal (CI) Percuma, yang menyediakan pelanggan dengan jaring keselamatan penting bukan sahaja untuk diagnosis CI pertama mereka tetapi juga untuk diagnosis di masa hadapan.

Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung ketika pasaran dalam proses menerima pelaporan pendapatan korporat terbaharu di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Projek Infrastruktur Dominasi Sektor Pembinaan Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Projek-projek infrastruktur yang baharu akan menguasai industri pembinaan Malaysia pada bulan-bulan akan datang kerana pemberian kontrak bagi awal tahun sehingga kini (YTD) daripada kerajaan telah melebihi tahun lepas, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Agenda Pembaharuan Kerajaan Dorong Pengukuhan Ringgit Berbanding Mata Wang Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menunjukkan prestasi lebih kukuh berbanding mata wang serantau, didorong keyakinan pelabur terhadap agenda pembaharuan kerajaan selain perkembangan global,  kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.