5hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Hasil semangat kerjasama dalam kalangan rakyat tanpa mengira status sosial membolehkan Malaysia mengharungi dan mendepani pelbagai cabaran ekonomi sepanjang 2025, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
7hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM128 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
7hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.