Terdapat 1956 berita berdasarkan kata kunci carian " ci"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Lanjutan Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas Presiden AS Donald Trump melanjutkan gencatan senjata Asia Barat dengan peningkatan diterajui oleh saham perbankan seiring dengan prestasi semalaman yang lebih kukuh di Wall Street.

Prestasi Serantau Cetus Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada penutup dagangan Rabu, sekali gus mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut susulan aktiviti pengambilan untung berikutan prestasi bercampur-campur yang merentasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Kemungkinan Rundingan Semula AS-Iran

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sentimen yang lebih baik berhubung jangkaan rundingan semula antara Amerika Syarikat dan Iran walaupun Wall Street semalaman yang lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Sabah Electricity Sasar 400,000 Langganan Aplikasi Mudah Alih Baharu MySE+

KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan 400,000 langganan bagi aplikasi mudah alih MySE+ yang baharu dilancarkan, daripada 725,000 akaun pengguna sedia ada.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Belian Terpilih Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman  yang lemah.

Invest Selangor Anjur Sesi Libat Urus Perkasa Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Invest Selangor Bhd akan mengadakan sesi libat urus dengan sektor utama seperti perkhidmatan dan pembinaan dalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ketahanan ekonomi di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Krisis Asia Barat Peringatan Kepada ASEAN Perkukuh Keselamatan Tenaga - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Krisis di Asia Barat menjadi peringatan kepada negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, mengenai keperluan memperkukuh dan mempelbagaikan keselamatan tenaga serta kerjasama dalam perdagangan dan rantaian bekalan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Permodalan Besar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.

Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion, Kelonggaran E-Invois Bantu PMKS Susulan Krisis Tenaga Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.