Terdapat 3135 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Aktiviti Memperelok Akaun

KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.

Tekanan Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Untuk Minggu Kelima

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.

Bursa Malaysia Kekal Stabil Harungi Cabaran Global, Disokong Penilaian Menarik

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Menunjukkan Momentum Meningkat Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus menunjukkan momentum meningkat minggu depan, menjejaki pasaran tunai asas.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan Dalam Persekitaran Peningkatan Paras Stok

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan peningkatan paras stok.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Stabil, Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan mengukuhkan kenaikannya baru-baru ini dan diniagakan dalam jajaran kecil apabila pelabur melepaskan pegangan jangka pendek selepas prestasi kukuh dalam minggu yang berakhir ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Stok, Permintaan Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh peningkatan paras stok.