1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia harus mempercepatkan penggunaan teknologi untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran peningkatan permintaan, ketidakpastian harga global, perubahan dalam landskap pelaburan dan usaha pantas ke arah penyahkarbonan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- NuEnergy Holdings Bhd (NHB) telah memperoleh dua kontrak loji solar fotovoltaik berskala besar (LSSPV) di Sabah, bernilai RM56.3 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kekuatan ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tiga keutamaan, iaitu mencipta teknologi dan bukannya sekadar menerima pakai teknologi dan membina industri dengan keupayaan mendalam yang disokong oleh komitmen jangka panjang, kata Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Rantau ASEAN yang berkecuali menawarkan platform bagi perdagangan, kerjasama teknologi dan pelaburan dengan semua kuasa ekonomi utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Pelaburan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) merupakan mekanisme berdaulat berasaskan peraturan yang memperkukuh keupayaan Malaysia untuk mengekalkan hubungan komersil yang stabil dan boleh diramal dengan ekonomi utama, terutamanya ketika tindakan tarif unilateral menjadi kebiasaan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membuka peluang akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal tempatan termasuk Pulau Pinang ke pasaran AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.