2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) - Belanjawan 2026 menyeimbangkan antara rangsangan pelaburan, sokongan terhadap pertumbuhan sektor ekonomi baharu serta menyediakan bantuan sosial, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Seri Khairussaleh Ramli.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan ekosistem Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia untuk melaksanakan Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan sepenuhnya bagi sektor perkilangan pada awal suku pertama 2026, diikuti perkhidmatan pada awal suku kedua tahun depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Johor memasuki fasa pertumbuhan berbilang tahun didorong oleh integrasi infrastruktur, kepelbagaian industri dan perbelanjaan pengguna rentas sempadan yang berdaya tahan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Southern Power Generation Sdn Bhd (SPG), unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya dalam semakan kehakiman terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengetepikan taksiran cukai tambahan RM78.49 juta bagi tahun-tahun taksiran 2017 hingga 2021.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan perumahan, kata Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia Kenneth Soh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Koridor Singapura-Johor dikenal pasti sebagai antara tiga “Hab Kuasa Kecerdasan Buatan (AI)” global yang pesat membangun, di samping London–Dublin dan Virginia–Pennsylvania, menurut laporan Digital Infrastructure Collective Asia.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Mizuho Bank (Malaysia) Bhd komited menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan memperuntukkan hampir US$600 juta (US$1=RM4.2) pembiayaan kepada pelanggan yang melabur di zon itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN menyatakan kebimbangan mereka mengenai keperluan untuk memastikan bahawa hanya keluli berkualiti tinggi digunakan dalam pembinaan bangunan pencakar langit di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.