2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat memainkan peranan utama dalam usaha peralihan hijau serantau dengan memupuk kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti bagi membina rantau yang lebih berdaya tahan dan kurang pelepasan karbon pada masa depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan yang menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk menetapkan hala tuju negara dalam perdagangan karbon.
2bulan ago
Daripada Niam Seet Wei
OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan di acara Expo 2025 Osaka dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2025 mengetengahkan kecerdasan buatan (AI) ketika kalangan inovator, syarikat pemula niaga dan pembuat dasar global berkumpul di Persidangan Inovasi AI 2025 di sini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah Tanah Rizab Melayu seluas 20.23 hektar (50 ekar) di Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab aeroangkasa dan penerbangan tempatan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Midea menetapkan sasaran untuk menjadi syarikat perkakasan rumah pintar nombor satu di dunia, dengan sasaran hasil jualan sebanyak US$1.5 bilion di Asia Pasifik (APAC) menjelang 2028.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Solar Foods dari Finland berharap pendekatan inovatifnya dalam menghasilkan Solein, protein "diperbuat daripada udara nipis," melalui penapaian gas akan memberi inspirasi kepada negara lain untuk menggunakan kaedah yang lebih mampan dalam pengeluaran makanan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Melindungi ekosistem marin Malaysia bukan sahaja suatu keperluan alam sekitar tetapi juga satu bentuk insurans ekonomi yang menyokong infrastruktur industri perikanan, pelancongan dan pesisir pantai, kata seorang ahli pemuliharaan.