5bulan ago
SUBANG JAYA, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menggunakan pendekatan bersasar untuk mengurangkan defisit perdagangan negara dalam sektor perkhidmatan khususnya dalam perkhidmatan pengangkutan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
5bulan ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Johor menjadi antara destinasi pelaburan paling rancak di Malaysia apabila terus merekodkan kelulusan pelaburan berjumlah RM30.1 bilion pada suku pertama tahun ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya menghantar kargo gas asli cecair (LNG) pertama daripada fasiliti baharu yang baru beroperasi, LNG Canada, terletak di Kitimat, British Columbia (B.C.), Kanada.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Segmen Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dikaitkan dengan Sarawak sedang membentuk satu pemangkin penting dalam usaha penyahkarbonan serantau, kata seorang pakar.
5bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
ROME, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.
6bulan ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 27 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.
6bulan ago
SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.
6bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
TIANJIN, 24 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025.
6bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan sasarannya untuk menjadi hab aeroangkasa dan pembinaan kapal serantau dengan memanfaatkan pelaburan bernilai tinggi, keupayaan teknikal dan kedudukan geostrategik negara untuk meningkatkan profil perindustriannya bagi dekad akan datang.
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal hampir mendatar pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna.