Terdapat 210 berita berdasarkan kata kunci carian " minat belian"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Akhir Dagangan Pagi, Jejaki Prestasi Kukuh Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan pergerakan meningkat pada Isnin, menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Mod Penyatuan Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur dalam mod penyatuan minggu depan dengan penganalisis menjangkakan indeks penanda aras akan mengukuh dalam persekitaran asas domestik yang stabil.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Di Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Sentimen Positif Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi secara menyeluruh dan keyakinan yang berterusan berikutan prestasi positif di Wall Street pada Jumaat lepas.

FBM KLCI Dijangka Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Meningkat Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini namun kemudiannya meningkat sedikit, didorong oleh minat belian terutama dalam kaunter perladangan dan pembinaan.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi kerana para pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Diasak Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun terdapat sentimen berhati-hati susulan prestasi semalaman Wall Street yang suram.