Terdapat 1928 berita berdasarkan kata kunci carian " nasional"

Pembayaran Dividen Berdasarkan Baki Setiap Akaun - KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Petronas Sasar Keputusan Pelaburan Akhir Bagi Fasa 2 LNG Canada Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan niaganya dijangka mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) bagi Fasa 2 projek LNG Canada dalam tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

FMM Seru Insentif Berpusatkan PKS Untuk Tingkat Inovasi, Rantai Bekalan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah menyeru ke arah keupayaan inovasi yang lebih kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembekal Tahap-1 dan Tahap-2 untuk menyokong peningkatan, penyetempatan serta penyertaan dalam rantaian nilai global.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan langkah pelabur mengambil keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini.

Petronas Catat Untung Bersih RM45.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

Daripada Makanan Kegemaran Jadi Perniagaan, Saiful Kini Tauke Bongkah Cendawan

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Bermula daripada minat terhadap makanan berasaskan cendawan, anak jati Pontian ini berjaya mengubah kegemaran itu menjadi perniagaan agro yang mampan, sekali gus sebagai sumber rezeki.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman berikutan pelabur kekal berhati-hati berikutan sentimen tidak menentu terhadap saham berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

Takaful Malaysia Catat Untung Bersih RM384.71 Juta Bagi Tahun Berakhir 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia)  mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM384.71 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 berbanding RM378.14 juta  bagi tahun kewangan 2024, didorong oleh pelepasan margin perkhidmatan kontraktual yang lebih tinggi serta peningkatan pelaburan bersih.

Bursa Malaysia Pulih Daripada Paras Terendah Harian, Ditutup Susut 0.39 Peratus

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, namun berjaya pulih daripada paras terendah harian, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung khususnya dalam saham perkhidmatan kewangan.

Penggerak Kemajuan Negara: Pertumbuhan TK2025 TNB Kembalikan Nilai Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring penurunan prestasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Susut Selepas Catat Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis tetapi menyusut kemudiannya didorong oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan  semalaman.