Terdapat 321 berita berdasarkan kata kunci carian " panduan"

Skor Keseluruhan Rangkuman Kewangan Malaysia 2025 Bertambah Baik - Principal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua tiang rangkuman kewangan, muncul sebagai satu daripada hanya dua pasaran yang telah melonjak dalam ketiga-tiga tiang, kata Indeks Rangkuman Kewangan Global 2025 oleh Principal Financial Group.

Teknologi ANPR: Masa Depan Sistem Bayaran Tol Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penerimaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) semakin meraih momentum di Malaysia terutama di Lembah Klang, yang digunakan secara meluas di kemudahan parkir dan sistem kawalan akses bangunan komersial.

Pusat Tenaga ASEAN Lancar Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu ASEAN

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pusat Tenaga ASEAN (ACE) melancarkan Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu (TBB) ASEAN (RE LTRM) pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM).

Perdagangan Malaysia Berdaya Tahan, Meningkat Semula Kepada RM257.51 Bilion Pada September

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama)  -- Perdagangan Malaysia terus menunjukkan pengukuhan pada September 2025, mengembang sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM257.51 bilion, iaitu kembali meningkat daripada penguncupan dicatatkan pada bulan sebelumnya meskipun berdepan ketidaktentuan perdagangan global.

MIDA, Maybank Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Pelaburan Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.

Seminar Industri Tuna Labuan Pacu Transformasi Industri Tuna Negara

LABUAN, 13 Okt (Bernama) -- Persidangan Tuna Labuan 2025 yang julung kali diadakan menandakan pencapaian penting bagi Labuan, seiring dengan perkembangan pesat industri tuna tempatan serta aspirasi Malaysia untuk menjadi hab tuna serantau.

Grab Malaysia Sokong Belanjawan 2026 Dengan Teknoloji Dan AI

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 sejajar dengan misi Grab Malaysia untuk memperkasakan rakyat dan mempertingkatkan perkhidmatan dalam landskap ekonomi yang dinamik.

Labuan FSA Beri Kelulusan Bersyarat Kepada Dua Entiti Bagi Operasi Bank Digital Islam

LABUAN, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memberikan kelulusan bersyarat kepada Green Digital Bank Corp dan Fasset Islamic Digital Bank Ltd untuk beroperasi sebagai bank digital Islam dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Kerajaan Jimat RM20 Bilion Dalam Tempoh Dua Tahun Hasil Konsolidasi Fiskal - Lim

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan kadar defisit telah berjaya menghasilkan penjimatan pinjaman sebanyak RM20 bilion bagi tempoh dua tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Malaysia Sedia Muncul Sebagai Hab Serantau Bagi Peranti Teknologi Saraf - Pakar Bedah Saraf

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang besar yang belum diterokai dalam pembangunan dan pengkomersialan peranti teknologi saraf, sekali gus mampu menjadikan negara sebagai hab serantau, kata seorang pakar bedah saraf.

Khazanah Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara Menerusi Pelaburan Mampan - Pengarah Urusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) - Khazanah Nasional Bhd sedang meningkatkan usaha untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia dalam menghadapi ketidaktentuan global bersandarkan kepada tiga tonggak utama, iaitu kemampanan, kekuatan ekonomi dan keterangkuman.

Malaysia Akan Manfaatkan Amalan Ekonomi Kitaran Finland

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu memanfaatkan amalan ekonomi kitaran termaju yang dimiliki Finland dalam pengurusan sisa, infrastruktur hijau dan reka bentuk produk mampan, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di sini, Al-Fadil Adam.