1bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Usahawan dan perniagaan di Selangor kini mempunyai asas yang kukuh dalam menggerakkan ekonomi berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), walaupun wujud isu pematuhan yang bukan sahaja berlaku di dalam negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
1bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.
1bulan ago
SEREMBAN, 12 Nov (Bernama) -- Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah yang turut merangkumi Negeri Sembilan mampu memajukan lagi sektor perindustrian dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Pembangunan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkukuh keupayaan industri automotif nasional serta mencerminkan komitmen negara terhadap teknologi hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KEPALA BATAS, 10 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengambil langkah proaktif untuk menangani keperluan populasi meningkat tua Malaysia dengan melancarkan projek rintis pembangunan berorientasi persaraan di Kepala Batas.
2bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Nov (Bernama) -- Kepimpinan dan kejayaan Finland dalam penyelesaian iklim melalui ekonomi kitaran disifatkan sebagai luar biasa dan boleh dicontohi oleh Malaysia, yang turut melaksanakan matlamat sama dalam menggalakkan kemampanan.
2bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang meningkatkan perjalanan kelestariannya di bawah pelan Sifar Bersih 2050, memperluaskan inisiatif tenaga boleh baharu seperti projek solar terapung-hibrid hidro, perkongsian hidrogen dan grid rentas sempadan yang fleksibel untuk integrasi tenaga boleh baharu.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tetapi tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian berdasarkan prospek ekonomi negara yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.