2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.
2hari ago
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.23 juta pekerjaan pada Suku Tahun Pertama 2026 (ST1 2026), menurut Statistik Guna Tenaga ST1 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- ESGright Sdn Bhd dilantik sebagai Rakan Pendidikan Bertauliah pertama di Malaysia bagi Kelayakan Asas Perakaunan Kelestarian (FSA) oleh Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sedang memperkukuh akses industri dan laluan pertumbuhan bagi syarikat-syarikat teknologi menerusi inisiatif Road To Growth (R2G) 2026 Wilayah Tengah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti pasaran harta tanah negara mencatat pertumbuhan sederhana dengan 89,966 transaksi bernilai RM51.9 bilion pada suku pertama 2026, kata Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abdul Razak Yusak.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- PMB Investment Bhd, syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) di bawah Pelaburan MARA Bhd, mengumumkan agihan pendapatan 4.00 sen seunit bagi PMB-An-Nur Waqf Income Fund untuk tahun kewangan berakhir pada 30 April, 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.
2hari ago
LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.