Terdapat 901 berita berdasarkan kata kunci carian " sara"

Perniagaan Kenya Akan Terima Layanan Istimewa - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perniagaan Kenya akan menerima layanan istimewa dari Malaysia atas dasar persahabatan dan potensi besar yang wujud antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Premier Abang Johari Umum Belanjawan Sarawak 2026 Sebanyak RM12.9 Bilion

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

PM Anwar Tiba Di Kenya Bagi Singgahan Terakhir Lawatan Rasmi Ke Afrika

Oleh M. Saraswathi

NAIROBI, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nairobi, Kenya, pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) singgahan terakhir beliau dalam rangka lawatan rasmi ke tiga negara Afrika.

Afrika Selatan Rakan Dagang, Pelaburan Penting Malaysia - Tengku Zafrul

Daripada M. Saraswathi

JOHANNESBURG, 23 Nov (Bernama) --Hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Kesatuan Afrika, khususnya Afrika Selatan menjadi keutamaan kepada negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

G20 Perlu Melangkaui Retorik Tangani Ketidaksamaan Perdagangan Global - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

JOHANNESBURG, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota G20 untuk melangkaui retorik dan mengambil tindakan konkrit bagi menangani ketidaksamaan perdagangan global yang sekian lama berlarutan, terutamanya yang menjejaskan negara di Selatan Global.

Daya Tahan Negara Bergantung Kepada Dasar Yang Jelas Dan Padu -- PM Anwar

Daripada Saraswathi Muniappan

JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Negara-negara boleh bertahan dengan kejutan global hanya apabila dasar mereka kukuh, diselaraskan dan bersedia menghadapi tekanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedudukan Ekonomi, Prestasi Pelaburan Sabah Terus Kukuh Sejak Lima Tahun Lepas - Hajiji 

Oleh Rohana Nasrah

KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) -- Sabah terus memperkukuh kedudukan ekonomi dan prestasi pelaburannya sepanjang lima tahun lepas dengan pelbagai sektor giat berkembang seperti solar, minyak dan gas serta komponen bateri kereta elektrik.

PM Anwar Akan Sertai Mesyuarat Berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin G20

JOHANNESBURG, 22 Nov (BERNAMA) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai mesyuarat berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) pada hari ketiga lawatan kerja beliau ke sini.

Bintulu Port Perkukuh Komitmen Integriti Menerusi Ikrar Bebas Rasuah

KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Malaysia Sedia Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Halal Di Benua Afrika - PM Anwar

JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama dalam bidang halal dengan negara-negara Afrika termasuk pembangunan pensijilan halal serta kapasiti yang mampu memberi nilai tambah kepada komuniti Islam setempat. 

Pertemuan Dua Hala Dengan Presiden Afrika Selatan, Forum Perniagaan Untuk PM Anwar Pada Hari Kedua Di Afrika Selatan

JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan rasminya di sini dengan pertemuan dua hala dengan Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.