Terdapat 309 berita berdasarkan kata kunci carian " skim"

Perdana Petroleum Gesa Perkenal Insentif Fiskal Bersasar Dalam Belanjawan 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV), Perdana Petroleum Bhd menggesa kerajaan memperkenalkan insentif fiskal bersasar dalam Belanjawan 2026 untuk mengekalkan sektor perkhidmatan sokongan marin Malaysia dalam kos operasi yang meningkat dan peralihan industri ke arah penyahkarbonan.

Belanjawan 2026: MPOB Mohon Lebih Banyak Insentif Tingkat Eksport, Hasil Dan Kemampanan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri minyak sawit memohon kerajaan memberi lebih banyak insentif bersasar dan sokongan dasar diberikan dalam Belanjawan 2026 untuk meningkatkan daya saing eksport, mempertingkat hasil dan produktiviti, serta memperkukuh kemampanan, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Lebih Ramai Rakyat Perlu Nikmati Manfaat Pertumbuhan Ekonomi, Literasi Kewangan - Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi serta literasi kewangan dan bukan hanya kelompok kecil dalam masyarakat terutamanya golongan elit. 

Belanjawan 2026 Perkukuh Komitmen Kerajaan Tingkat Fiskal Ekonomi Negara - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Belanjawan 2026 Mampu Rapat Jurang Bekalan, Permintaan Rumah -- PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan perumahan, kata Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia Kenneth Soh. 

Belanjawan 2026 Dijangka Tumpu Pertumbuhan Berpacu Teknologi - Moomoo

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2.0 Tampil Pendekatan Inklusif, Tangani Cabaran Masa Depan

KUALA LUMPUR, 2 Okt  (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Kedua (NS2.0) akan digerakkan dengan pendekatan lebih strategik, berkesan dan inklusif bagi menangani cabaran semasa serta mempersiapkan negara menghadapi keperluan masa depan.

Belanjawan 2026: MAA Syor Kerajaan Lanjut Insentif Kenderaan Elektrik

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa melanjutkan insentif cukai sedia ada bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 bagi mempercepat matlamat negara mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil serta menarik pelaburan jangka panjang.

Inisiatif BUDI95 Perkukuh Pengagihan Pendapatan, Kesaksamaan Perkongsian Sumber - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Inisiatif subsidi petrol BUDI95 mengukuhkan pengagihan pendapatan dan boleh meningkatkan kesaksamaan perkongsian sumber negara sebanyak lima hingga 10 peratus, sejajar dengan negara ASEAN lain, kata seorang ahli ekonomi.

IATA, Pihak Berkepentingan Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Unit Pelepasan Layak CORSIA

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pihak berkepentingan dalam pasaran karbon menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu bekalan kredit karbon terhad yang disediakan kepada syarikat penerbangan.

DGB Asia Cadang Pengurangan Modal Sebanyak RM197 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DGB Asia Bhd, sebuah syarikat penyelesaian perisian dan kejuruteraan mencadangkan untuk melaksanakan langkah pengurangan modal melalui pembatalan modal saham terbitannya yang susut dan tidak diwakili oleh aset sedia ada sebanyak RM197 juta.

Subsidi RON95 Sokong Automotif Dalam Jangka Pendek, Kekalkan Kemampuan Bahan Api – CIMB

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.