BERITA TERKINI   Sistem perekodan kokorikulum murid secara manual dihapuskan - Fadhlina | KPM peruntuk RM100 juta naik taraf bilik guru, RM50 juta untuk selenggara kuaters - Fadhlina | Kursus Google Certificate Educator diteruskan secara percuma kepada semua guru, biasiswa Perguruan Persekutuan diperluaskan - Fadhlina | Agong, Raja Permaisuri Agong zahir penghargaan terhadap guru, tunjang penting bentuk generasi masa depan negara | Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik  | 

Terdapat 363 berita berdasarkan kata kunci carian " solar"

TNB: Grid Lebih Pintar, Kukuh Pacu Peralihan Tenaga Bersih Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Peralihan Malaysia kepada tenaga bersih hanya akan berjaya dengan grid kuasa lebih kukuh, pintar dan mampu menyokong tahap tenaga boleh baharu (RE) yang jauh lebih tinggi, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir Dr. Mohd Fadzil Mohd Siam.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Pengukuhan Ringgit, Kenaikan Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.

Anak Syarikat Gadang Memeterai PPA Fotovoltan Solar Berskala Besar Dengan Sabah Electricity

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat milik 60 peratusnya, Tenaga Aspirasi Sdn Bhd (SPP) hari ini telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga fotovoltan solar (PPA) berskala besar dengan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Gamuda Peroleh Dua Projek Di Australia, Catat Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM46 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion. 

2025: Memacu Transformasi Tenaga Malaysia, Memperkasa Masa Depan ASEAN

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Tahun 2025 merupakan tahun yang menarik untuk Malaysia, mencetuskan idea baharu dan memacu pertumbuhan merentas sektor tenaga.

PETRA Galak Penglibatan Koperasi Dalam Pembangunan Ladang Solar, Capai Sasaran NETR

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengalu-alukan penglibatan semua pihak, termasuk koperasi dalam pembangunan ladang solar dan program solar komuniti bagi mencapai sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung Selepas Kenaikan Empat Hari

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini.

Portugal Muncul Pintu Masuk Utama Malaysia Terokai Pasaran Kesatuan Eropah -- Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

KPE TNB Antara Tokoh Korporat Terima Anugerah Penganjuran Sulung “MADANI Business Awards 2025"

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan merupakan antara tokoh korporat, usahawan dan entiti korporat yang menerima pengiktirafan pada penganjuran sulung MADANI Business Awards 2025, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah “MADANI Best CEO of the Year” baru-baru ini.

Unit Binastra Raih Tiga Projek LSS5 Bernilai RM171.71 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 51 peratus Binastra Corporation Bhd, Binastra Atlantic Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi pembangunan loji solar berskala besar (LSS5) bernilai RM171.71 juta daripada Maya Jaya Sdn Bhd.

Asia Pasifik Mesti Terima Pakai Peralihan Tenaga Sebagai Strategi Pertumbuhan Ekonomi – IATA

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan di Asia Pasifik perlu menganggap peralihan tenaga, termasuk pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF), sebagai satu strategi pertumbuhan ekonomi dan bukannya isu khusus untuk sektor penerbangan, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ekonomi Negara Terus Berkembang Pada 2025 Walaupun Berdepan Cabaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.