BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW 0-6 Selangor | 

Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian " subsidi diesel"

Kerajaan Masih Tanggung Perbelanjaan Subsidi Diesel - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

BMI Unjur Defisit Malaysia Susut Di Bawah 4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran terhadap defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan lebih rendah berbanding 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, kepada 4.3 peratus pada 2024, dan seterusnya 3.9 peratus pada 2025.

Indeks Harga Pengeluar Ogos 2024 Yang Rendah Dijangka Kekalkan Paras OPR - MIDF

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada tiga peratus bagi 2024 susulan inflasi indeks harga pengeluar (PPI) Malaysia yang mereda kepada 0.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos lepas berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya. 

RHB IB Unjur Dividen Petronas Turun Pada 2025 Ekoran Kejatuhan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan pembayaran dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan lebih rendah daripada RM32 bilion pada 2025, disumbangkan oleh prestasi yang lebih lemah pada 2024 di tengah-tengah penurunan harga minyak.

Permohonan BUDI Agri-Komoditi Masih Rendah - Johari

KLUANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.