Terdapat 675 berita berdasarkan kata kunci carian " trade"

FBM KLCI Turun Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penurunan ketika awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan hambar Wall Street apabila kebimbangan sektor kecerdasan buatan (AI) menjejaskan sentimen.

PM Anwar Tiba Di Afrika Selatan Bagi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20

Daripada M.Saraswathi

PRETORIA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan pada  6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 pagi Jumaat waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong aktiviti belian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih serta rangsangan baharu yang meningkatkan sentimen pasaran.

Anwar Bakal Kongsi Pengalaman Dan Suara ASEAN Pada Sidang Kemuncak G20

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berkongsi pengalaman dan suara ASEAN dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan global pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Afrika Selatan, Sabtu ni.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

FBM KLCI Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Kemudiannya Ke Paras 1,617.07

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.

Dasar Berkecuali ASEAN Tawar Platform Dagangan, Pelaburan Dengan Kuasa Ekonomi Utama

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Rantau ASEAN yang berkecuali menawarkan platform bagi perdagangan, kerjasama teknologi dan pelaburan dengan semua kuasa ekonomi utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Pelaburan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

MITI Perhalusi Pelaburan Di Sabah, Elak Jadi 'Assembly Hub' Semata-mata

KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit Disokong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Nov  (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, menjejaki prestasi pasaran tunai.