Terdapat 124 berita berdasarkan kata kunci carian "airasia"

AirAsia Di Tangga Ke-24 Syarikat Penerbangan Global, Ke-7 Jenama Paling Bernilai Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

AirAsia X Catat Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM50.21 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM50.21 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM80.11 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Asia Digital Engineering Terima Pensijilan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Dari FAA, EASA

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE), unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A Bhd dianugerahkan pensijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

Airbus Sasar Permintaan Pesawat A220 Di Malaysia, Penuhi Keperluan Serantau

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeluar pesawat Eropah, Airbus menyasarkan potensi besar bagi pesawat jenis A220 di Malaysia yang disifatkan sebagai pengangkut sempurna untuk perkhidmatan serantau.

Radar 'Sepi' Selepas Syarikat Penerbangan Global Batal, Ubah Laluan Susulan Konflik

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.

AirAsia Malaysia Gantung Penerbangan Amritsar Susulan Penutupan Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah menggantung sementara, penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar, India berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ramdas Jee Amritsar.

Syarikat Penerbangan Ubah Laluan Susulan Penutupan Ruang Udara Pakistan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines mengubah laluan dua penerbangannya iaitu MH2 dan MH22 berikutan penutupan ruang udara Pakistan pada 6 Mei 2025.

AirAsia X Gantung Penerbangan Kuala Lumpur - Nairobi Bermula 1 September

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) akan menggantung penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Nairobi, Kenya, bermula 1 September, 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengoptimuman rangkaiannya disebabkan permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Capital A Teroka Potensi Penyenaraian Di HKEX Bagi Perluas Pertumbuhan Global

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd memaklumkaN ia sedang giat meneroka potensi penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meluaskan akses kepada pasaran modal global dan meletakkan ekosistem perniagaan perkhidmatan digital dan penerbangannya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

Capital A Sasar Selesaikan Pelan Penyusunan Semula Menjelang Jun - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.  

MAVCOM Laporkan 99 Peratus Aduan Pada Separuh Kedua 2024 Telah Diselesaikan

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Projek Jambatan Rentas Sempadan Sejajar Dengan Matlamat Ekonomi ASEAN - Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.