24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.
26hari ago
IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.
27hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.
28hari ago
IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.
28hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.34 peratus memandangkan pelabur mengikuti rapat perkembangan Asia Barat di samping masih berhati-hati ekoran isyarat kian bercanggah dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengenai kemungkinan rundingan damai.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).
28hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerangka subsidi bersasar dan disiplin dasar Malaysia terbukti berkesan melindungi ekonomi negara daripada kesan kejutan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.
29hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Urus niaga hartanah kediaman Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong kebanyakannya oleh pertumbuhan penduduk, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Kashif Ansari.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.
30hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Antidox Series, jenama penjagaan kulit antipenuaan tempatan telah diiktiraf oleh ASEAN Records dan ASIA Records, menurut syarikat berkenaan.