Terdapat 406 berita berdasarkan kata kunci carian "pengerusi asean"

ASEAN Tingkat Kerjasama Perkukuh Pertumbuhan Ditengah-Tengah Ketidaktentuan Global

Oleh Siti Radziah Hamzah

   KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) komited untuk terus meningkatkan kerjasama bagi mengukuhkan daya tahan serantau di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan, halangan bukan tarif dan rantaian bekalan yang rapuh ketika ini.

ASEAN Bina Ekosistem Perdagangan Terbuka, Sedia Hadapi Masa Depan -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN sedang membentuk ekosistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka, tahan lasak dan bersedia menghadapi masa depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Raih Pujian AS Selaku Pengerusi ASEAN 2025

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Hubungan Dagang Malaysia-Sumatera Utara Melebihi US$1 Bilion Pada 2024

JAKARTA, 24 Sept (Bernama) -- Nilai dagangan Malaysia dengan Sumatera Utara melebihi US$1 bilion (US$1=RM4.19) pada 2024, menjadikan Malaysia sebagai pelabur ASEAN kedua terbesar di wilayah itu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Medan Shahril Nizam Abdul Malek.

AEM Ke-57 Bakal Perkukuh Asas Bagi FTA ASEAN-Kanada - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.

ASEAN Harus Perkukuh Pasaran Modal Untuk Kekal Kompetitif - Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) --  ASEAN harus melakukan pembaharuan struktur untuk mengukuhkan pasaran modal swasta dan menguatkuasakan peraturan terhadap halangan bukan tarif (NTB) jika ia mahu kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak.

Hubungan Lebih Erat Melalui AANZFTA, RCEP Perkukuh ASEAN Sebagai Tarikan Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Hubungan ekonomi lebih rapat (CER) di antara ASEAN, Australia dan New Zealand diperkukuh menerusi rangka kerja seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand  (AANZFTA) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang lebih meluas.

Rundingan AEM, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer Jadi Tumpuan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tumpuan hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 hari ini, bakal terarah kepada sesi perundingan antara kalangan menteri perkumpulan itu dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer.

ASEAN Bertemu Anfield: Tengku Zafrul, Sami Hyypiä Cuit Hati Hadirin Makan Malam ASEAN-BAC

Oleh Ahmad Erwan Othman

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Suasana majlis makan malam Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) yang mungkin kebiasaanya akan sarat dengan bicara serius berkaitan ekonomi bertukar menjadi lebih meriah apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertemu legenda bola sepak Liverpool FC, Sami Hyypiä.

ASEAN Bertemu Anfield: Tengku Zafrul, Sami Hyypiä Cuit Hati Tetamu Makan Malam ASEAN-BAC

Oleh Ahmad Erwan Othman

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Suasana majlis makan malam Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) yang mungkin kebiasaanya akan sarat dengan bicara serius berkaitan ekonomi bertukar menjadi lebih meriah apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertemu legenda bola sepak Liverpool FC, Sami Hyypiä.

ASEAN-BAC Gesa Pelaporan Kemampanan Lebih Mudah Untuk Sokong PKS, PMKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa pelaporan kemampanan yang lebih mudah agar ia senang diakses dan tidak membebankan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Malaysia Terajui AEM, Pacu Pelaksanaan Keberhasilan Utama Ekonomi ASEAN

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dengan Malaysia selaku pengerusi, melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh integrasi serantau menerusi penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) yang berlangsung minggu ini.