Terdapat 1793 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Sentimen Positif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong peningkatan sentimen pasaran dan keyakinan pelabur terhadap kemajuan rundingan AS dan Iran.

Ringgit Dijangka Diniagakan Antara 3.95 Dan 3.97 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.95 hingga RM3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan disebabkan minggu dagangan yang lebih pendek.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Akhiri Kenaikan Selama Tiga Hari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengakhiri kenaikan selama tiga hari disebabkan para pelabur memberikan tumpuan kepada ketegangan geopolitik dan pendirian kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh bank-bank pusat di seluruh dunia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Ketegangan Di Asia Barat Mereda

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat.

Prestasi Eksport Pacu Sentimen, Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang kian ketara susulan prestasi perdagangan Malaysia yang naik 28.6 peratus tahun ke tahun dan mencecah rekod RM336.73 bilion pada April 2026.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Rakan Serantau Dipacu Data Pekerjaan AS

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang serantau dan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila peserta pasaran menunggu perkembangan lanjut berkaitan dengan rundingan Asia Barat antara AS dan Iran.

Standard Chartered: Malaysia Kekal Kukuh, Pertumbuhan KDNK 2026 Dijangka Pada 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.