Terdapat 355 berita berdasarkan kata kunci carian "sarawak"

Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak 16.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pasir Meningkat Sehingga 3.8 Peratus Pada April - DOSM

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketegangan Geopolitik Dijangka Jejas Prestasi Berjaya Food Dalam Masa Terdekat-- HLIB

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (Berjaya Food) dijangka terus tertekan dengan ketegangan geopolitik, sekali gus akan menjejaskan prestasinya dalam tempoh terdekat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

AIROD, Satys Jalin Usaha Sama Pertingkat Keupayaan Sektor MRO Pesawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- AIROD Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan aeroangkasa terkemuka Malaysia memeterai perjanjian usaha sama dengan Satys Aircraft Painting untuk meningkatkan keupayaan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia, terutama dalam bidang kemasan luaran dan pengecatan pesawat.

MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan

MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia.

Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah

 KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

Fibromat Buat Penampilan Sulung Kurang Berprestasi Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd membuat penampilan sulung yang kurang berprestasi di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah dari Pasaran LEAP.

Affin Terima Penarafan A3, Tinjauan Stabil Daripada Moody's

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kumpulan Affin telah menerima penarafan kredit antarabangsa pertamanya A3 dengan tinjauan yang stabil daripada Moody’s Ratings (Moody’s). 

Lembaga Getah Malaysia Aktifkan IPG Bagi April Untuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit, menurut Fastmarkets Palm Oil Analytics.

Kerajaan Sedia Peruntukan Tambahan RM50 Juta Kepada MATRADE, Segerakan Penerokaan Pasaran Baharu - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Seru Semua Pihak Tangguh Tindakan, Keluar Kenyataan Isu Petronas-Petros

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.