3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur meningkat minggu depan memandangkan penyertaan pasaran dan mudah tunai dijangka bertambah selepas mencatat paras rendah berikutan tempoh dagangan yang singkat ketika musim cuti, kata ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global 2025 bagi Disember 2025 yang diselaraskan secara bermusim, kekal tidak berubah pada 50.1 berbanding bulan sebelumnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025 daripada penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang dianggap sebagai tulang belakang ekonomi menunjukkan perkembangan pada tahun ini selepas dipacu oleh persekitaran ekonomi yang lebih stabil dan pemulihan secara beransur dalam permintaan domestik, yang meningkatkan keyakinan perniagaan serta jualan di seluruh sektor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan aliran meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik dalam ekonomi Malaysia dan ketegangan perdagangan yang mereda menyokong mata wang tempatan.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Dassault Systèmes mempertingkat kerjasamanya dengan industri dan kerajaan Malaysia untuk mempercepat penggunaan teknologi kembar maya (virtual twin) dan kecerdasan buatan (AI) generatif, meletakkan negara dalam fasa baharu transformasi industri dan aeroangkasa di bawah Pelan Tindakan AI Kebangsaan.
4bulan ago
SIPITANG, 13 Dis (Bernama) -- Pelaburan strategik lebih RM1 bilion bagi membangunkan mini kemudahan pengurusan sisa terjadual di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di sini, bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah, sekali gus menyokong pertumbuhan industri mampan, selamat dan berdaya saing.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif apabila melonjak ke paras 4.09 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun tujuh bulan, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).