10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43-4.44 berbanding dolar AS pada minggu hadapan, kerana sentimen pelabur yang berhati-hati terus mengukuhkan permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang pelaburan selamat, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Malaysia akan memperkukuh kedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangan dan teknologi yang berdaya saing dalam keadaan perubahan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan pelabur berhati-hati sebelum data inflasi AS dikeluarkan lewat malam ini dan dalam keadaan perang perdagangan global yang semakin meningkat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 19 Mac ini, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru ini untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kebimbangan berterusan terhadap perang dagang, sementara tekanan deflasi di China semakin memberi kesan kepada mata wang Asia.