8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dolar AS terus mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap tinjauan fiskal Amerika Syarikat (AS), termasuk hutang tinggi dan peningkatan defisit serta perbelanjaan kerajaan, selain ketegangan perdagangan dan peralihan trend pelaburan global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat 9.6 peratus kepada RM1.97 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM1.94 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat selepas mahkamah perdagangan AS menyekat kebanyakan tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump ke atas import ke negara itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dalam proses menubuhkan Persatuan Pasaran Persendirian ASEAN, dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat semakin tipis, kata penganalisis.
8bulan ago
JAKARTA, 28 Mei (Bernama) -- Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit pulih dan ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik terhadap mata wang tempatan itu meskipun ketidaktentuan global masih berterusan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan peniaga mengambil untung selepas pengukuhan unit tempatan itu baru-baru ini selain ditekan prospek ekonomi global yang tidak menentu.