BERITA TERKINI   Mesyuarat antara Perdana Menteri Anwar dan rakan sejawatnya dari India Modi sasar perkukuh hubungan dua hala | 

Terdapat 1474 berita berdasarkan kata kunci carian " jua"

FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Industri Insurans Am Malaysia Diunjurkan Berkembang Pada 6.6 Peratus CAGR Dari 2025 Hingga 2029 - GlobalData

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.6 peratus daripada RM24.6 bilion pada 2025 kepada RM31.8 bilion menjelang 2029 dari segi premium bertulis kasar (GWP), kata syarikat data dan analisis GlobalData.

Jualan Automotif Dijangka Reda Tahun Ini Selepas Paras Rekod Pada 2024 -- HLIB

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit, selepas mencatat paras tertinggi 816,700 unit tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama MYEG Naik Kepada RM181.64 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.

Untung Bersih Johor Plantations Naik Kepada RM75.93 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

TIV Sektor Automotif Malaysia Susut 16.8 Peratus Pada April Kepada 60,527 Unit - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April berbanding Mac, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.

Malaysia Autoshow 2025 Jana Potensi Jualan Bernilai RM1.72 Bilion - MARii

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini merupakan edisi paling berjaya apabila mencatat rekod kehadiran 294,062 pengunjung serta menjana potensi jualan sebanyak RM1.72 bilion, menurut Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Aliran Masuk Dana Asing Bagi Minggu Keempat Berturut-turut, Naik Kepada RM1.68 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran masuk dana asing untuk minggu keempat, mencatatkan belian bersih sebanyak RM1.68 bilion minggu lepas berbanding RM422.6 juta pada minggu sebelumnya.

GE Aerospace Mahu Terus Perluas Operasi Di Malaysia Dan Asia Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram 

BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).